Coretan Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Tuhan yang mengusai langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah…bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat kasih dan sayang-Nya maka dapat kita bersama-sama memulakan dan menghabiskan pengajian kita di dalam bidang PENGAJIAN BIOLOGI DPLI-UPSI ’07 ini. Di sepanjang dua semster ini, segala kisah suka, hilai, tawa, gembira, seronok, duka, sebak, sedih dan tragis; silih berganti telah kita rasai dan lalui bersama. Itulah kekuatan ukhuwwah yang terbina antara kita ‘keluarga Biologi’ walaupun masa yang ada singkat. Sesungguhnya tahun 2007 ini meniggalkan seribu satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan dan akan terpahat kukuh di hati sanubari ini. Sudah pasti kita akan merindui detik-detik kita bersama apabila masing-masing telah bertugas di sekolah nanti. Harapan saya agar kita akan terus berhubung dalam apa jua kaedah yang ada untuk terus bertanya khabar dan saling bertukar berita antara kita. Terutama sekali yang bakal melangsungkan Majlis Perkahwinan ataupun yang bakal menyambut kelahiran.
Di kesempatan ini juga, saya selaku Wakil Pelajar Pengajian Biologi DPLI-UPSI ’07 ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada tersilap bicara atau terguris hati sesiapa samada dalam sedar atau tak sedar. Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sekadar renungan bersama untuk menilai di mana diri kita atau apa yang kita nak jadi.

“Bad Teacher Complains, Good Teacher Explains, Better Teacher Demonstrates, Best Teacher Motivates,Great Teacher Inspires”

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana telah banyak memberikan bantuan dan sokongan kepada saya di sepanjang saya menjalankan amanah sebagai wakil cikgu sekalian. Tak lupa juga kepada jawatankuasa yang lain. Terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian seamua. Teruskan usaha murni cikgu sekalian di dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna walau di mana cikgu ditempatkan.

Sekian, wallahu’alam. Maasalamah wa ila liqa’.

-HAIZUL AZWAN BIN ISMAIL – ’07
H/P : 016-2917473
E-mail : slayertwo79@yahoo.com

Buat Kawan Kawan Ku
Assalamualaikum, alhamdulilah dipanjakan kesyukuran kepada Allah swt, kerana dengan kurnian dan rahmatNya, kita masih lagi mampu bernafas dan menjalani hidup kita pada hari ini. Saya bekas ketua projek Biofamily mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam perpisahan kepada rakan-rakan sekalian. Kira-kira 6 bulan kita bersama dalam menyusuri sebagai pelajar DPLI dimana pelbagai cabaran dan halangan kita telah tempuhi. Syukur dipanjatkan sekali lagi kepada yang maha esa apabila kita semua selesai mengharunginya dengan penuh semangat perjuangan yang tidak dapat diukur. Saya amat bersyukur dan berbesar hati mendapat rakan-rakan seperti anda semua yang sanggup berganding bahu dalam merialisasikan projek saya tempoh hari. Tidak dinafikan saya agak gugup dan gementar semasa diberi tanggungjawab dalam memegang tampuk kepimpinan tersebut. Pelbagai masalah yang berlegar-legar dibenak fikiran sehingga azhar faham apa yang bersarang dalam hati ini apabila saya mula bercakap seorang diri di dalam bilik serta di dalam bas. Buat azhar, terima kasih sebab jadi rakan yg prihatin. aku ok lah.. sampai nak temankan aku pi hospital untuk check wayar dalam otak aku ni..hehe.. jika diulas warna-warni didalam kelas kita, dapat dijadikan cerita pelbagai ragam dan perangai yang mampu kita lihat. Lihatlah, begitu warna-warni sekali kelas kita. Ditambah pula dengan kegirangan pelajar putra dan putri yang tidak kering gusi bercelotah. Ada saja perkara yang nak dibualkan…
Jika dilihat pada pensyarah-pensyarah kita, pelbagai ragam wujud pada diri mereka. Alhamdulilah, kita mampu meng’handle’ kemahuan mereka dalam mendidik kita menjadi seorang pendidik yang mapan dan mampu bersaing secara glokal. Ingatlah rakan-rakan sekalian, mereka begitu bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada kita semua sehinggakan saggup datang ke kelas pada hari cuti mereka.
Dalam mengharungi perjuangan ini, saya memohon maaf jika ada menyinggung perasaan rakan-rakan sekalia…saya mohon maaf..saya tahu adakalanya saya main cakap lepas je..tak bertapis. Tapi di sudut hati ini tidak pernah tercalit rasa dendam, malah rase sayang kepada rakan-rakan kian menebal…sebelum saya mengundur diri, ketahuilah saya amat bersyukur dan seronok yang teramat sangat semasa menjalani saat-saat manis bersama rakan-rakan sekalian…masih saya ingat lagi tatkala saya menerima ujian yang amat hebat apabila kehilangan orang yang disayangi, rakan-rakanlah yang memberi kekuatan untuk menerima reality kehidupan…yusnor thanks for your advices…terima kasih rakan sekalian…janganlah kita lost contact pulak..mesej mesejlah…Asalamualaikum..

Oleh: Ayip

Aku dan Cahaya2 ku ….kini terpaksa aku benarkan pergi hadirnya
Memberi dan tak semestinya kita akan menerima….Menerima tidak semestinya tanda kita bersedia menerima. Tetapi kita bersedia untuk mempertimbangkannya bukan apa.. semestinyakah sesuatu yang diterima itu berhak untuk kita miliki. Kerna berbezanya kita bolehkah kita diterima.Berbezalah memberi warna-warni kehidupan..Selangkah bersama tak semesti hala tujuannya destinasi sama.kerna ada warna yg kusuka jadi mesti ada warna yg aku kurang suka atau sakit mata saje. Warna yg enggan aku suka itu perlu juga dipandang biarpun sukar dilihat biasnya…Silau kan mata aku saja!.Cahaya silau itu bersama cahaya matahari diatas sana.. hadirnya bersama cahaya kegemaran saya juga( sahabat yg ingin aku dampingi dan sahabat yg enggan kuketahui hati budinya ) . Terpaksa jua ku terarah pandang padanya….Satu ketikanya cahaya kegemaran ku bersama cahaya silau tidak kunjung tiba kerna mendung petang bawa bersama-samanya hilang sudah tatapan gambaran wajah mereka untuk aku hiburkan hatiku. Selamat tinggal hari ceriaku (teman2 upsiku sahabat yg ingin aku dampingi dan sahabat yg enggan kuketahui hati budinya )…Bukan sahaja kau bawa warna kegemaranku tapi kau bawa jua bersamamu cahaya silau kebenciaan aku…Perlukah aku menangis rintih kepada ibu? Perlukah kumarahi hadirnya bulan cahayanya tak sama! Patutkah kumarahi gunung selindungi cahaya matahariku? Milik akukah sepenuhnya cahaya -cahaya itu…TIDAK ianya bukan milik aku! Tuhan diatas sana pemiliknya kan.Dipinjamkan seketika sahaja ..Hadirnya selama enam bulan dan enam hari (15.01.2007 – 20.07.2007) . Percayalah cahaya yg kau suka mahupun yg kau cerca akan hadir esok harinya tetapi berlainan watak,kerektor, tempat, ketikanya kerna diversitynya makhluk ciptaan illahi ini sungguh mengkagumkan. Berbeza inilah berikan kemungkinan yg berlainan utk hari esok aku.Tempuhilah dengan keterbukaan …. Sahabat biarlah hadir akan aku dibumi upsi berbeza mendatangkan kebaikan pada kalian mungkin bukan sekarang kesannya tapi kemudian gunanya.Tidaklah kurasa terpinggir.Tapi usia kehidupan kolej aku seusia mungkin satu bulan..Berhaklah nilai nya hadir aku untuk senilai itu…Manusia yg ntah kan esok atau pun lusa kan pulang kepada pemiliknya ini berundur diri bersama ribuan terima kasih mahupun bergunung kemaafan kerna bicaranya buat hati kalian terluka hiba..Saat ini aku telah benarkan mereka ini (cahaya2 pernah ku miliki suatu hari dulu) pergi bersama kenangan kerna ku tahu mereka bukan empunya aku..IKIP Kuantan ( Pra Science UiTM -IKIP July 95-Nov 95 ,125 orang semuanya),UiTM Jengka (Diploma Science Jan96-July 98, 75 orang semuanya), UM Kuala Lumpur ( Microbiology July 01- July04, 26 orang semuanya ) dan kini UPSI Tamjung Malim (DPLI Jan 07-July 07, 28 orang semuanya). Bukan aku bongkak dengan barisan ipt kesukaran menuntut ilmu aku tapi aku pernah memiliki barisan sahabat yang boleh kubanggai sinar cahaya hadir mereka dipelayaran mencari ilmu .Bertebaranlah kalian untuk keberkatan illahi dan benarkan aku melintasi hidupmu sebagai sahabat dunia dan akhirat.Dan ketahuilah aku telah kehilangan 4 orang dari kalangan mereka untuk selama-lamanya dan ku pasti tiada gantinya.Satu darinya 15 minit sebelum paper terakhir DPLI Kajian tindakan yg pd khamis 19.07.07 kita lalui. Perlukah aku tangisi, sekeras-keras aku terusik juga ego insan kerdil, dan hibanya aku tidak sempat kutatap wajah terakhirnya 5 minit sahaja jarak masanya.Al-fatihah buat mereka yg disayangi terdahulu oleh Allah s.w.t tuhan sekalian alam. Dah sedih-sedih skit sekarang, sebenarnya tadi aku dah nyanyi karaoke kat nkou orang lagu “Harum Subur dihati”-BPR kat I luv u corner, kalian tiada . It’s something and i also dedicated to them before this…..Wassalam

Rosly

Oleh:Komeng

%d bloggers like this: