Tentang Kita

Sungguh menarik tentang BTS, boleh dikatakan 28 orang ini adalah ‘Selected Person’ malah tidak melebih juga jika dikatakan bahawa BTS nih ‘Born to be teacher’. Berlatarbelakangkan Sarjana Muda daripada pelbagai Universiti di seluruh pelusuk Malaysia yang tercinta. Ada daripada UM universiti sulung Malaysia, KUSTEM, UMS, UNIMAS, USM tempat nostalgia Ali setan dan Asmida bercinta hehe…UKM dan UPM. Dan mereka ini pada sebelum bertemu di UPSI juga merupakan bekas-bekas pegawai sains, pegawai penyelidik, eksekutif proses, pelajar sarjana dan sebagainya yang akhirnya sanggup melepaskan jawatan mereka itu semata-mata untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang cemerlang dan terbilang.. Kesemua 28 orang sahabat ini berkumpul di Tanjung Malim. Semuanya kembali bertapa menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Univesiti diRaja yang banyak melahirkan Pendeta-pendeta ulung seperti pendeta Za’ba, Harun Aminul Rashid dan lain-lain lagi. Tidak mustahil di kalangan BTS ’07 akan lahir beberapa orang tokoh ulung lagi. Bersaksikan Bangunan Suluh Budiman yang tersergam indah lagi gagah biar pun sudah berusia dan di dalam dewan SITC yang murni, BTS dengan Sahabat DPLI ’07 yang lain melafazkan sumpah dan ikrar untuk mendidik anak bangsa selagi hayat dikandung badan. BTS terdiri daripada 13 orang puteri bersemangat seperti Tun Teja dan 15 orang putera yang tak gentar akan cabaran dan juga rintangan seperti Lt. Adnan Saidi.

4 tahun berlalu, dan sekarang…BTS muncul membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan.Kami menekankan kelainan yang berbeza dari yang lain. Membawa misi melahirkan anak bangsa yang berilmu pengetahuan dalam bidang Sains & Teknologi seiring menerapkan akhlak kepada anak bangsa . Pengajaran yang berasaskan komputer kini berjaya menarik perhatian anak-anak kita untuk lebih mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

BTS kini membekalkan nota-nota kepada para pelajar secara percuma yang boleh dilayari dalam menu “muat turun”. Nota-nota yang dibekalkan termasuklah matapelajaran seperti biologi, fizik, kimia bagi Tingkatan 4 & 5, serta sains bagi semua tingkatan. Nota-nota ini dibekalkan oleh guru-guru BTS yang berpengalaman dalam dunia pendidikan serta amat berpengalaman dalam dunia ICT.

Selamat melayari Laman Web BiologyTeachersSquad.Com!!!

%d bloggers like this: