Utama > Info Terkini > Salam Eidulfitri…

Salam Eidulfitri…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Tuhan yang mengusai langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah…bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana berkat kasih dan sayang-Nya maka dapat kita masih lagi diberikan nafas untuk terus mengabdikan diri kepada-Nya. Di kesempatan ini saya selaku mantan wakil BTS ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI, DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Marilah kita saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain bersempena dengan bulan baik ini. lupakanlah sengketa lama dan binalah kembali ikatan ukhuwwah di kalangan warga BTS. moga-moga ibadah yang kita kerjakan dibulan yang mulia ini diterima oleh Allah swt sebagai amal kebajikan kita. bulan ramadhan kalau kita imbau kembali di zaman Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw, begitu banyak peristiwa manis dan pahit yang terpaksa baginda tempuhi demi menegakkan panji Islam di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu marilah bersama kita hidup suburkan kembali semangat perjuangan baginda dengan mengamalkan Islam yang telah dibawa oleh baginda di dalam kehidupan kita seharian. Janganlah mudah kita terpengaruh dengan agenda yahudi laknatullah yang ingin melihat umat Islam kini berpecah-belah dan rosak akidah serta tidak lagi mengamalkan Islam di dalam kehidupan seharian. Ancaman yahudi kini amat halus dan mungkin secara tidak sedar kita telah mengamalkan amalan mereka di dalam kehidupan seharian kita(wana’uzubillahi minzalik). contohnya budaya hindonism(suka berseronok) dan yang lebih teruk lagi kita lihat anak2 muda Melayu kini yang merupakan tunas2 Islam di masa akan datang begitu tenat akidah dan akhlak mereka. Oleh yang demikian saya berseru kepada diri saya serta warga BTS sekalian agar dapat memainkan peranan di dalam mendidik serta membimbing tunas2 Islam ini agar menjadi insan yang soleh/solehah di masa akan datang apabila kita sudah dipostingkan nanti.InsyaAllah….cubalah sekadar yang kita termampu…mudah-mudahan ilmu yang sedikit yang kita sampaikan kepada anak2 didik kita jika mereka amalkan akan dikira kebajikan kepada kita sampai bila2. begitulah mulianya tugas seorang guru. Cintailah diri anda dan juga kerjaya anda, mudah2an orang2 di sekeliling anda juga akan mencintai anda…:-) akhir kata sambulah salam Aidilfitri dari saya sekeluarga…Semoga berbahagia dan ceria di hari lebaran nanti….wallahu’alam…

Haizul Azwan BTS ’07

Kategori:Info Terkini
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: