Utama > Info Terkini > Perjuangan Ibarat Sampan di Laut

Perjuangan Ibarat Sampan di Laut

Ogos 15, 2007

Orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar
dia tidak kenal kecewa dalam perjuangannya,
kalau perjuangannya itu ibarat sampan di laut,
waktu cuaca baik dan angin baik,
lautan tenang, dia lajukan sampan,
waktu sekali sekala berhadapan dengan badai,
pandai pula dia mengendalikannya
dengan perlahan dan dengan penuh berhati-hati,
bijak menongkah ombak,
dun pandai menggelecek angin,
waktu kapalnya karam,
setengah kawannya tenggelam,
pandai pula dia berenang dan mampu ke darat
sampai ke darat dia rehat seketika
selepas itu dia membuat sampan
dan mencari kawan-kawan
kemudian berlayar semula,
mungkin dengan satu taktik
dan strategi yang baru pula,
namun putus asa tidak ada dalam kamus hidupnya.

Kategori:Info Terkini
%d bloggers like this: